Belajar Bahasa Russia

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullah..

Alhamdulillah ya Allah, setelah 3hari berada di Awana, Kemaman, dapat jugak meluangkan waktu untuk menaip cerita untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat.

Semalam hari pertama belajar bahasa Russia, mujur tak ternganga mulut je. Nak kena ikut apa yang Madam Liyana tu sebut, berbelit-belit lidah rasanya. Nasib baik malam sebelum tu dah belajar alphabet Russia dengan kawan-kawan serumah. Cuma tak berapa nak fasih lagilah. Terasa macam budak tadika baru nak belajar mengenal huruf, menulis dan membaca je. Haha. Semua agak pelik hurufnya termasuklah bentuk alphabetnya. Tapi setelah 2kali masuk kelas, Alhamdulillah hari ni dah agak lancar membaca petikan bahasa Russia dan menghafal perkataan Russia. Terasa sangat seronok kerana dapat belajar bahasa yang belum pernah dipelajari. Menambahkan lagi penguasaan bahasa. Sebelum ni hanya pandai Bahasa Melayu ( of course la ), Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, sekarang tambah Bahasa Russia. Cuma nak karang atau buat ayat tu tak berapa nak boleh lagilah. InsyaAllah, slow-slow nanti bolehlah.

Tempat penginapan untuk pre medic Russia ni pun terlebih selesa rasanya. Duduk di apartment Awana, balkoni mengadap padang golf dan pantai, bilik dan ruang tamu semua ada aircond, ada dapur memasak, peti sejuk, mesin basuh dan semuanya lengkap lah. Alhamdulillah. Terima kasih Terengganu, terima kasih YT dan yang penting, terima kasih ya Allah. БОПЬШОЕ СПАСЙБО..Kawan serumah pun, semuanya sama universiti nanti. Hanya 8orang pelajar YT akan ke Volgograd State Medical University. Setakat ni, 5orang perempuan dan 3orang lelaki. Alhamdulillah, kami 5orang duduk serumah. Ukhuwwah makin rapat. Teringat pesan mama dan abah, "inilah adik beradik dan keluarga nanti apabila berada di Russia. Keluarga sendiri dan jauh. Jagalah diri sesama sendiri"..Huhu. InsyaAllah.

Apa pun, semoga segalanya lancar. Tarikh dijangka fly, 23 September 2010, insyaAllah. Mahu undur diri dulu, stadi pulak. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi. Semoga mendapat keberkahan daripada Allah Taala. Selamat beribadah.

Wallahu A'lam

0 comments:

Deja un comentario

Volver al inicio Volver arriba Pencari Ilmu. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.